Program 1 Komuniti (Taklimat dan aktiviti Dashboard Komuniti dan KDB)
Tarikh | : 20 Disember 2017 (Rabu) |
Masa | : 9.00 pagi – 2.00 petang |
Lokasi | : Felda Lubok Merbau |
Peserta | : 70 orang peserta |
Tujuan | |
Program anjuran bersama Perpustakaan Desa bertujuan mendekatkan komuniti setempat dengan agensi berkaitan. |
|
Aktiviti | |
Pihak Perpustakaan Desa telah mengatur pelbagai aktiviti bagi menarik minat pelbagai golongan komuniti pada program ini. Petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Makan Ramen, dan Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health). |
|
Kursus Asas Usahawan Madu Kelulut (Taklimat, Kuiz Kahoot ICT Dashboard Komuniti dan KDB)
Tarikh | : 17 Disember 2017 (Ahad) |
Masa | : 10.00 pagi – 2.00 petang |
Lokasi | : Pondok Komuniti, Barokhas, Kuala Nerang, Kedah |
Peserta | : 40 orang peserta |
Tujuan | |
Program anjuran bersama Pengusaha JKM Trigona Farm, Pejabat Pertanian Padang Terap bertujuan mendekatkan usahawan dengan petugas Pusat Internet 1Malaysia dan agensi berkaitan. |
|
Aktiviti | |
JKM Trigona Farm dan Pejabat Pertanian Padang Terap telah mengatur kursus keusahawanan bagi menarik minat bakal usahawan dan usahawan dalam meningkatkan pendapatan. Petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah taklimat kesedaran penggunaan Internet dan aktiviti kuiz kahoot ICT. |
|
Program 1 Komuniti (Taklimat dan aktiviti Dashboard Komuniti dan KDB)
Tarikh | : 11 Disember 2017 (Isnin) |
Masa | : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari |
Lokasi | : Perpustakaan Desa Masjid Kampung Datuk |
Peserta | : 70 orang peserta |
Tujuan | |
Program anjuran bersama Perpustakaan Desa Masjid Kampung Datuk bertujuan mendekatkan komuniti setempat dengan agensi berkaitan. |
|
Aktiviti | |
Pihak Perpustakaan Desa telah mengatur pelbagai aktiviti bagi menarik minat pelbagai golongan komuniti pada program ini seperti sukaneka rakyat, pertandingan mewarna dan pameran dari agensi – agensi seperti Klinik Kesihatan, Tabung Haji (TH) dan JPAM. Petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Musang Berjanggut dan Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health). |
|
Majlis Kesyukuran Usahawan dan Kluster Terbaik Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap 2017
Tarikh | : 30 November 2017 (Khamis) |
Masa | : 9.00 pagi – 2.00 petang |
Lokasi | : JKM Trigona Farm |
Peserta | : 20 orang VIP dan 80 orang jemputan |
Tujuan | |
Majlis kesyukuran diadakan bagi meraikan pencapaian Usahawan Terbaik dan Kluster Terbaik Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap. |
|
Aktiviti | |
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Badrol Hisham Bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Nerang. Tetamu VIP yang turut hadir termasuklah Encik Nazri Bin Ahmad, wakil kepada Pegawai Daerah, En Yuzaidi Bin Azmi, Pegawai Pertanian daerah Padang Terap, Encik Ismail Bin Othman, Pengarah SKMM Wilayah Utara, Encik Faizal bin Azizan, Ketua Pejabat SKMM Kedah, pegawai – pegawai SKMM NRO, Encik Nik Mohd Nasir Bin Nik Megat, Pengurus Wilayah Utara MSD Digital Intelligence serta ketua – ketua jabatan dari agensi sekitar daerah Padang Terap. |
|
Program 1 Komuniti (Taklimat dan aktiviti Dashboard Komuniti dan KDB)
Tarikh | : 28 November 2017 (Selasa) |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari |
Lokasi | : Perpustakaan Desa Kampung Padang Nyior |
Peserta | : 70 orang peserta |
Tujuan | |
Program anjuran bersama Perpustakaan Desa Kampung Padang Nyior bertujuan mendekatkan komuniti setempat dengan agensi berkaitan. |
|
Aktiviti | |
Pihak Perpustakaan Desa telah mengatur pelbagai aktiviti bagi menarik minat pelbagai golongan komuniti pada program ini seperti sukaneka rakyat, pertandingan mewarna dan pameran dari agensi – agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Klinik Kesihatan Pergigian, LPPKN, Lembaga Zakat, IKBN, Tabung Haji (TH) dan banyak lagi. Petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Makan Ramen, Musang Berjanggut dan Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health). |
|
Program Kaunter Bergerak Bersama Agensi (Taklimat dan aktiviti Dashboard Komuniti dan KDB)
Tarikh | : 23 November 2017 (Jumaat) |
Masa | : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Belukar Luas |
Peserta | : 70 orang peserta |
Tujuan | |
Antara objektif yang ingin disasarkan adalah mendekatkan komuniti terutama warga emas dan golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan perkhidmatan di kaunter agensi berkaitan.
|
|
Aktiviti | |
Program ini mendekatkan komuniti dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Klinik Kesihatan, AADK dan Tabung Haji (TH) yang memberi kemudahan kepada komuniti dalam menyelesaikan pelbagai urusan rasmi. Petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Teka Jumlah Guli Dashboard Komuniti, Kuiz ICT / KDB, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak). |
|
Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) di UUM, Sintok
Tarikh | : 20 November 2017 |
Masa | : 2.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi | : Padang Kawat, Universiti Utara Malaysia (UUM) |
Peserta | : 35 orang peserta |
Tujuan | |
Program bersama agensi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini bertujuan memberi panduan penggunaan Internet dengan bijak bagi mengelakkan masalah jenayah siber yang semakin membimbangkan ketika ini. |
|
Aktiviti | |
Pameran dan pertandingan kuiz Taklimat Klik Dengan Bijak Sesi bengkel dan soal jawab bersama pegawai SKMM NRO, Puan Norazzlina. |
|
Mesyuarat Pusat Internet 1Malaysia Cluster Padang Terap
Tarikh | : 9 November 2017 (Khamis) |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan |
Peserta | : 8 orang wakil petugas, DRM (MSD Northern Region) |
Tujuan | |
Mesyuarat pembentangan prestasi semasa Pusat Internet 1Malaysia, pelan pelaksanaan program dengan agensi dan lain-lain. |
|
Aktiviti | |
Mesyuarat dihadiri 8 orang wakil petugas (Pengurus) dari 8 buah Pusat Internet 1Malaysia Cluster Padang Terap. Setiap isu dan cadangan dibincangkan untuk penambahbaikkan serta memastikan kelancaran program Cluster. Turut hadir adalah DRM Pejabat MSD Wilayah Utara, Encik Mohd Sahril Bin Ahmad Rasdi. |
|
Program 1 Komuniti Bersama Pelatih PLKN (Taklimat dan aktiviti Dashboard Komuniti dan Klik Dengan Bijak -KDB)
Tarikh | : 4 November 2017 (Sabtu) |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari |
Lokasi | : Kampung Padang Nyior, Kuala Nerang, Kedah. |
Peserta | : 150 orang peserta (138 orang pelatih PLKN) |
Tujuan | |
Program dengan kerjasama JKK Kampung Padang Nyior ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet. |
|
Aktiviti | |
Selain pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh JKK Kampung Padang Nyior seperti sukan rakyat (sukaneka), petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat taklimat, aktiviti dan pertandingan kuiz bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Pertandingan Dam Ular KDB / Dashboard Komuniti, taklimat dan Kuiz ICT / KDB. |
|
Majlis Graduasi Kursus Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M)
Tarikh | : 30 Oktober 2017 (Isnin) |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan |
Peserta | : 30 orang wakil peserta |
Tujuan | |
Program ini diadakan sebagai simbolik penutupan Kursus bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) yang telah dijalankan kepada lebih 160 orang peserta yang terdiri dalam kalangan penjawat awam, pekerja swasta dan belia. Bengkel ini berperanan memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan komuniti sekitar, sekaligus memfokuskan kepada peranan Pusat Internet 1Malaysia sebagai penghubung jaringan perkhidmatan yang memberi banyak manfaat kepada komuniti. |
|
Aktiviti | |
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, Yang Berhormat Puan Hajah Kama Noriah Binti Haji Ibrahim dijemput menyampaikan sijil kepada wakil peserta yang hadir. Turut bersama pada majlis ini termasuklah pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, media dari SKMM, Pengurus Wilayah Utara MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd., staf serta tenaga pengajar yang bertungkus – lumus mencurahkan ilmu sepanjang program ini dijalankan. |
|
Program Karnival Best Street Food 3.0 (Taklimat dan aktiviti Dashboard Komuniti dan KDB)
Tarikh | : 26 -29 Oktober 2017 (Khamis – Ahad) |
Masa | : 10.00 pagi – 10.00 malam |
Lokasi | : Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. |
Peserta | : 70 orang peserta di khemah pameran / taklimat di khemah utama |
Tujuan | |
Program ini bermatlamat memperkenalkan usahawan yang mengusahakan gerai makanan popular di sekitar negeri Kedah khususnya daerah Pendang dan Padang Terap. Para usahawan ini turut dibantu oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia sekitar kawasan khususnya dari segi promosi dan pembangunan pasaran yang seterusnya menjadi tular dalam kalangan penggemar makanan jalanan. Program bersama pelbagai agensi (Forward Kedah selaku penganjur utama) ini turut mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya dalam menyumbang tenaga bagi menjayakan program berskala besar ini. Pusat Internet 1Malaysia turut memainkan peranan mengetengahkan penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet. |
|
Aktiviti | |
Selain pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pengajur utama, petugas Pusat Internet 1Malaysia bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah promosi dan taklimat Keselamatan Penggunaan Internet (Klik Dengan Bijak), Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Dam Ular KDB & Dashboard Komuniti, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak). |
|
Bengkel AgroBazar bersama FAMA Negeri Kedah
Tarikh | : 22 dan 23 Oktober 2017 (Ahad dan Isnin) |
Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tanjung, Padang Terap Kiri |
Peserta | : 12 orang peserta |
Tujuan | |
Program ini memberi pendedahan kepada usahawan berkaitan penggunaan Internet sebagai salah satu medium pasaran produk yang meluas, mudah dan efektif. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti yang dijalankan adalah mencipta akaun, mengambil gambar dan memuat naik gambar produk serta maklumat ke dalam laman web Agro Bazar. Pelbagai teknik dan kemahiran dalam pasaran turut diterapkan kepada peserta bagi memastikan peningkatan dan kemajuan dalam pasaran produk. |
|
Bengkel E-Learning
Tarikh | : 11 Oktober 2017 (Rabu) |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Belukar Luas |
Peserta | : 5 orang peserta |
Tujuan | |
Program ini memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berkaitan penggunaan Internet sebagai salah satu medium pembelajaran yang efektif. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti yang dijalankan adalah membuat bunga dan hiasan berasaskan kertas pelbagai warna. Youtube merupakan sumber rujukan yang banyak mengandungi tutorial untuk tujuan pembuatan bunga dan hiasan kertas. |
|
Mesyuarat Program Lawatan / Walk About YAB MB Kedah ke Padang Terap
Tarikh | : 4 Oktober 2017 (Rabu) |
Masa | : 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | : Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap |
Peserta | : 10 orang ahli mesyuarat |
Tujuan | |
Mesyuarat pelaksanaan program ini memberi peluang kerjasama dengan agensi lain khususnya Majlis Daerah, Jabatan Pertanian dan AJK Kg Padang Nyior dalam menyumbangkan khidmat urusetia dalam program yang dijalankan. Tanggungjawab dalam membantu pelaksanaan program yang diamanahkan mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia khususnya untuk membuat liputan sepanjang majlis tersebut. |
|
Aktiviti | |
Mesyuarat yang melibatkan pegawai Pertanian, Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK Kg Padang Nyior ini turut dihadiri oleh 3 wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap. Perbincangan menjurus kepada pembahagian tugas bagi melancarkan perjalanan program lawatan / Walk About MB Kedah ke Padang Terap pada 8 Oktober 2017. Pusat Internet 1Malaysia diamanahkan untuk membuat backdrop, plak untuk ditandatangani oleh MB semasa Perasmian dan bertugas selaku urusetia bersama agensi lain sepanjang majlis. |
|
Majlis Penyerahan Projek MSI (Makmal Tisu Culture Pisang dan Orkid)
Tarikh | : 2 Oktober 2017 (Isnin) |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Bendang Telaga Batu, Kampung Padang Setol |
Peserta | : 200 orang peserta |
Tujuan | |
Program ini memberi peluang kerjasama dengan agensi lain khususnya Jabatan Pertanian dalam menyumbangkan khidmat urusetia dalam program yang dijalankan. Aktiviti yang diselitkan mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya usahawan dalam mempromosikan produk serta tempat menarik di sekitar daerah Padang Terap. |
|
Aktiviti | |
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian termasuklah Pameran baja, racun, demo penggunaan teknologi Drone untuk proses menabur baja, majlis penyerahan kunci makmal tisu Culture Pisang dan Orkid yang disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi. Petugas Pusat Internet 1Malaysia diberi amanah selaku urusetia yang turut membantu menjayakan majlis selain turut mengambil peluang membuat pameran dan aktiviti bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. |
|
Program Komuniti Sihat Sejahtera (Taklimat dan aktiviti Dashboard Komuniti dan KDB)
Tarikh | : 22 September 2017 (Jumaat) |
Masa | : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Belukar Luas |
Peserta | : 70 orang peserta |
Tujuan | |
Program bersama agensi Kesihatan (Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap) ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet. |
|
Aktiviti | |
Selain pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh KOSPEN daerah Padang Terap, petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Teka Jumlah Buah Getah Dashboard Komuniti, Kuiz ICT / KDB, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak). |
|
Hari Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap pada 23 September 2017
Tarikh | : 23 September 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan |
Peserta | : 50 orang |
Tarikh | : 23 September 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Tanjung |
Peserta | : 50 orang peserta |
Tarikh | : 23 September 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubok Merbau |
Peserta | : 50 orang |
Tarikh | : 23 September 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Tong Pelu |
Peserta | : 50 orang peserta |
Tarikh | : 23 September 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Musa |
Peserta | : 50 orang peserta |
Tujuan | |
Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat berkaitan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal. |
|
Aktiviti | |
Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Kuiz turut diberikan kepada peserta bagi menguji kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan.
|
|
Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) di UUM, Sintok
Tarikh | : 13-14 September 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi | : Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia (UUM) |
Peserta | : 50 orang peserta |
Tujuan | |
Program bersama agensi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini bertujuan memberi panduan penggunaan Internet dengan bijak bagi mengelakkan masalah jenayah siber yang semakin membimbangkan ketika ini. |
|
Aktiviti | |
Pameran dan pertandingan kuiz Kahoot IT Taklimat Klik Dengan Bijak Sesi bengkel dan soal jawab bersama penganalisis Jenayah, Encik Kamal Affendi. |
|
Program Kluster pada 24 Ogos 2017
Tarikh | : 24 Ogos 2017 |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Kg Masjid Baru, Naka |
Peserta | : 50 orang |
Tarikh | : 24 Ogos 2017 |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pekan Naka |
Peserta | : 150 orang peserta |
Tarikh | : 24 Ogos 2017 |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : SK Kubang Palas, Padang Sanai |
Peserta | : 150 orang peserta |
Tujuan | |
Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat berkaitan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal. |
|
Aktiviti | |
Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Kuiz turut diberikan kepada peserta bagi menguji kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan.
|
|
Pesta Emping di Kurung Hitam
Tarikh | : 22 Ogos 2017 |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Perkarangan Masjid Kg Tengah, Mukim Kurung Hitam |
Peserta | : 50 orang peserta |
Tujuan | |
Program bersama agensi pertanian ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya usahawan dalam mempromosikan produk serta tempat menarik di sekitar daerah Padang Terap. Tradisi membuat emping iaitu salah satu makanan tradisional suatu masa dahulu diperkenalkan melalui pesta ini khususnya kepada golongan muda pada hari ini. |
|
Aktiviti | |
Selain pelbagai aktiviti rakyat yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian, petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Dam Ular KDB dan DK, Kuiz ICT / KDB, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak). |
|
Program Dashboard Komuniti (DK) pada 10-12 Ogos 2017
Tarikh | : 10 Ogos 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Tanjung |
Peserta | : 50 orang |
Tarikh | : 11 Ogos 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan |
Peserta | : 50 orang peserta |
Tarikh | : 12 Ogos 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubuk Merbau |
Peserta | : 50 orang peserta |
Tujuan | |
Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat serta menjalankan pelbagai aktiviti dan pertandingan berkaitan ICT dan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT di samping menjana ekonomi setempat. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal. |
|
Aktiviti | |
Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Pelbagai pertandingan ICT dan keusahawan turut dijalankan bagi memberi lebih kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan. |
|
Program Lawatan Media ke Menarik di Padang Terap pada 3-6 Ogos 2017
Tarikh | : 3-6 Ogos 2017 |
Masa | : 3 hari |
Lokasi | : Sekitar lokasi Menarik Di Padang Terap |
Peserta | : 50 orang peserta |
Tujuan | |
Program ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya usahawan dalam mempromosikan produk serta tempat menarik di sekitar daerah Padang Terap. Petugas media turut menemubual usahawan Pusat Internet 1Malaysia sebagai ikon usahawan yang menggunakan sebaiknya perkhidmatan yang disediakan untuk pembangunan ekonomi dan mempromosikan lokasi menarik di sekitar daerah Padang Terap. |
|
Aktiviti | |
Para peserta yang terdiri dari kalangan wartawan media cetak dan elektronik diberikan taklimat berkaitan program menarik di Padang Terap oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, dan dibawa melawat ke beberapa lokasi terpilih bagi membolehkan proses rakaman, temubual usahawan dan lain-lain dijalankan mengikut jadual dan objektif. |
|