mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

Pertanian

Ramai di kalangan penduduk Kampung Belukar Luas yang bekerja sebagai pesawah atau petani selain bekerja di kebun getah sebagai penoreh getah. Musim menanam padi adalah 2 kali setahun. Walau bagaimanapun, musim kemarau akan menjejaskan jadual penanaman padi. Selepas padi dituai, penanaman padi untuk musim seterusnya hanya boleh dilakukan selepas musim kemarau. Taburan hujan banyak membantu melembabkan sawah dan menakung air bagi peringkat awal penanaman padi.

 

Sebaliknya, bagi penduduk yang bekerja dan memiliki kebun getah, musim hujan menjejaskan hasil pengeluaran getah. Hujan lebat yang turun menyebabkan pokok getah menjadi basah dan tidak dapat ditoreh.

Kebanyakan rumah di Kampung Belukar Luas didirikan di atas tanah sendiri. Ini memberi peluang kepada penduduk bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah. Ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi membeli makanan terutamanya sayur – sayuran dan buah – buahan tempatan.