SELAMAT DATANG KE PORTAL PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG BELUKAR LUAS
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) bersama MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. Projek yang merupakan Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) ini memfokuskan perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan terutama di kawasan luar bandar. Pusat Internet yang memasuki fasa kelima pada tahun 2014 turut dibuka di beberapa lokasi baru bagi mensasarkan kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat bersandarkan kepada kemajuan ICT pada hari ini selain merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.
Kampung Belukar Luas merupakan salah sebuah kawasan luar bandar yang terpilih bagi penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini. Permohonan ke arah penubuhannya bermula dari usaha pihak JKKK Kampung Belukar Luas melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pedu pada ketika itu iaitu Yang Berhormat Pn.Hajah Kama Noriah Hj. Ibrahim. Penubuhan Pusat Internet yang diluluskan ini memberi impak yang positif ke arah usaha pembangunan terutamanya dari segi ekonomi penduduk pedalaman setaraf dengan penduduk di pekan atau bandar. Bangunan Pusat Internet ini asalnya dijadikan surau dan dewan orang ramai.
OBJEKTIF PENUBUHAN : |
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan termasuklah :
Pengenalan Asas Komputer dan Internet.
Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
Latihan Keusahawanan
Bengkel Penggunaan Perisian Komputer seperti Microsoft Office dan banyak lagi.
JUMLAH KEAHLIAN : |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Belukar Luas mula beroperasi sepenuhnya pada 4 September 2014. Jumlah ahli berdaftar setakat ini adalah :
Jumlah Keseluruhan Ahli | : 1331 Orang Ahli |
Tarikh Kemaskini | : Mei 2024 |
PETUGAS PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KAMPUNG BELUKAR LUAS: |
PENGURUS
![]() |
Nama : Nur’Aisyah Binti Abdullah |
Mula Berkhidmat : 1 Julai 2014 |
PENOLONG PENGURUS
![]() |
Nama : Nor Syafiqa binti Ali |
Mula Berkhidmat : 6 November 2022 |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Belukar Luas
Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri,
06350 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman,
Malaysia.
PORTAL | http://belukarluas.pjk.com.my/ |
https://www.facebook.com/institusi.kgbelukarluas |