mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Kg Belukar Luas

   Keprihatinan dan usaha pihak JKKK Kg Belukar Luas bagi mewujudkan kemudahan jalur lebar untuk komuniti Kampung Belukar Luas dan kampung sekitar merupakan pemangkin ke arah  kewujudan sebuah Pusat Internet di Kampung Belukar Luas. Pihak JKKK menyuarakan usul penubuhan Pusat Internet ini kepada pihak seterusnya iaitu Yang Berhormat Puan Hajah Kama Noriah Binti Haji Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pedu pada ketika itu. Sokongan yang diberikan oleh YB Puan Hajah Kama Noriah berjaya membuahkan hasil. Haji Othman Bin Salleh selaku pengerusi JKKK Kg Belukar Luas bersetuju menjadikan dewan serbaguna yang terdapat di Kampung Belukar Luas sebagai tapak Pusat Internet.

Bermula pada tahun 2014, dewan serbaguna Kampung Belukar Luas mula diubahsuai dan dibangunkan sebagai Pusat Internet Kg Belukar Luas.

– 21 Jun 2014, Penolong Pengurus mula ditempatkan di Pusat Internet Kampung Belukar Luas yang masih dalam proses pembinaan. 

– 1 Julai 2014, Pengurus dilantik

– 11 Ogos 2014, UAT bersama Telekom Malaysia (TM)

– 3 September 2014, UAT bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

– 4 September 2014, Pusat Internet mula beroperasi sepenuhnya.

– 30 April 2015, Perasmian Hari Bersama Pusat Internet Kampung Belukar Luas oleh Yang Berhormat Puan Hajah Kama Noriah Binti Haji Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu pada ketika itu.